
Kepada : Semua Pemilik / Penyewa Taman Desa Bukit Permata
No. Rujukan : 2015/DBP/MEMO/002
BAYARAN DAN PENDAFTARAN KHAIRAT KEMATIAN BAGI TAHUN 2015
Tuan/Puan,
Adalah dimaklumkan, hasil keputusan mesyuarat Jawatankuasa Penduduk Desa Bukit Permata pada 7 Ogos 2015, menetapkan bahawa bayaran dan pendaftaran khairat kematian bagi tahun 2015 iaitu sebanyak RM50.00 perlu diserahkan sebelum atau pada 31 Ogos 2015.
Tuan/Puan hendaklah mengisi dengan lengkap borang pendaftaran khairat kematian seperti dilampiran seterusnya mengembalikan borang tersebut beserta bayaran kepada bendahari taman iaitu, En. Muhamad Edzuan Mohd Nasir (Rumah No 14 Blok D) atau melalui akaun Maybank beliau. MAYBANK – 158293578766.
Adalah diharapkan perkara ini mendapat kerjasama yang baik dari semua penduduk Desa Bukit Permata bagi melancarkan hal tersebut.